suria

Jangan mengata lelaki je... Kajian dedah habit wanita main game, 7 daripada 10 orang suka guna telefon pintar

Tujuh daripada 10 wanita mengatakan mereka bermain game menggunakan telefon pintar. -Foto AFP Relaxnews

KETAGIHAN terhadap gajet bukanlah satu perkara yang aneh dalam zaman serba moden ini.

Selain 'melekat' dengan media sosial selama berjam-jam setiap hari, ramai yang turut ketagih dengan permainan video seperti Mobile Legends, PUBG, dan macam-macam lagi.

Bukan sahaja lelaki, sebaliknya laporan YouGov Gaming & Esports 2023 menyatakan ramai kaum Hawa turut memiliki permainan video di telefon pintar mereka.

Menurut laporan itu, tujuh daripada sepuluh wanita mengatakan mereka bermain game menggunakan telefon pintar.

Laporan itu dijalankan ke atas lebih 19,000 responden di 18 negara berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa kata e-sukan selamat? ‘Gamers’ pun boleh cedera, ketahui 5 risiko elak bersara awal

Menurut laporan itu lagi, 64 peratus pemain (merangkumi lelaki dan wanita) menyebut telefon pintar mereka sebagai peranti yang paling kerap digunakan untuk bermain game, diikuti komputer pada 40 peratus, konsol pada 34 peratus dan tablet pada sebanyak 23 peratus.

Laporan turut mendapati mereka yang berumur 45 hingga 54 tahun lebih gemar bermain game menggunakan telefon pintar manakala golongan muda lebih cenderung bermain permainan video di komputer.

Paling membimbangkan, kanak-kanak berumur 18 hingga 24 tahun bermain permainan video lebih kerap berbanding mereka menghabiskan masa menonton televisyen (TV), pada purata 9.8 jam berbanding 5.9 jam, menurut laporan itu.

Perkadaran ini lebih ketara dalam kalangan lelaki berumur 18 hingga 24 tahun, dengan 10.9 jam dihabiskan bermain permainan berbanding 6.4 jam dihabiskan untuk menonton TV. – AFP Relaxnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain