suria

Berjam-jam dalam pesawat, ini 5 permainan video terbaik hilangkan bosan ketika ‘terbang’

Esports.net menyenaraikan lima permainan video terbaik untuk pengembara.

MEMANDANGKAN jumlah pengembara semakin menunjukkan peningkatan, tidak hairanlah semakin ramai orang mencari permainan terbaik ketika 'terbang' untuk tahun 2023.

Namun dengan beberapa kekangan antaranya seperti rangkaian Wi-Fi yang tidak konsisten, ia menyukarkan pengembara untuk mencari permainan video yang boleh dimainkan semasa berada di dalam pesawat.

Namun usah risau... kini terdapat banyak permainan video yang sangat sesuai dijadikan sebagai hiburan ketika dalam penerbangan.

Daripada permainan teka-teki klasik hinggalah RPG (Role-Playing Games), pelbagai jenis permainan video yang tersedia untuk hampir semua citarasa dan gaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Apex Legends Mobile akan kembali, nama ditukar kepada High Energy Hero

Berikut ialah beberapa permainan video terbaik untuk dimainkan di atas kapal terbang, sama ada anda seorang pengembara tegar atau mengembara kerana urusan tertentu.

1) Hades

Salah satu permainan terbaik untuk dimainkan ketika berada di dalam pesawat. Ia bisa membuatkan anda 'melekat' sehingga beberapa jam lamanya kerana membolehkan anda meneroka dunia 'Underworld'. Ia tersedia pada Nintendo Switch dan Steam Deck.

2) Stardew Valley

Jika anda sedang mencari pengalaman permainan yang santai dan mengasyikkan, Stardew Valley ialah pilihan yang tepat. Simulator pertanian membolehkan anda membina dan mengurus ladang sendiri, sambil turut meneroka dunia yang penuh dengan watak untuk berinteraksi.

3) The Legend of Zelda: Breath of The Wild

Jika anda sedang mencari permainan yang penuh aksi, Breath of the Wild adalah jawapannya. Permainan pengembaraan epik ini membolehkan anda meneroka dunia terbuka yang luas, yang dipenuhi dengan bahaya dan keseronokan sambil menyelesaikan teka-teki dan menjumpai rahsia tersembunyi.

4) Hearthstone

Permainan kad digital popular ini membolehkan anda membina dek dan bertarung melawan pemain lain. Ia juga percuma untuk dimainkan, menjadikannya pilihan yang menarik bagi mereka yang mahu berjimat.

Pastikan anda log masuk ke akaun anda sekurang-kurangnya 30 hari sebelum penerbangan supaya anda boleh bermain dalam mod luar talian.

5) Mario Kart 8 Deluxe

Mario Kart adalah salah satu permainan terbaik untuk dimainkan di dalam kapal terbang. Pastinya ia tidak perlu diperkenalkan lagi tetapi permainan perlumbaan kart kereta ini membolehkan anda memilih daripada pelbagai watak dan trek.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain