suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paralimpik Paris: Eddy Bernard hadiahkan pingat pertama buat Malaysia

Eddy hadiahkan pingat pertama untuk Malaysia di Sukan Paralimpik Paris. -Foto Bernama

PELARI pecut Eddy Bernard menjadi penyumbang pingat pertama Malaysia dalam Sukan Paralimpik Paris setelah meraih pingat gangsa dalam acara 100m lelaki T44.

Atlet berusia 23 tahun dari Beluran, Sabah itu menamatkan lariannya dalam masa 11.58 saat di Stadium Stade de France pada Isnin.

Dilahirkan dengan kaki kanan yang kecil dan jari yang tidak bersambung, dia turut memecahkan rekod peribadinya yang sebelum ini 10.77 saat, yang direkodkan dalam Kejohanan Para Dunia di Kobe pada Mei lalu.

Mpumelelo Mhlongo dari Afrika Selatan memenangi emas dengan catatan masa 11.77 saat, manakala Luis Vives Suares meraih perak dengan catatan 11.20 saat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain