suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet bina badan, Suharwadi Dahlan meninggal dunia

Suharwadi Dahlan meninggal dunia pada awal pagi Isnin.

KOMUNITI bina badan di Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian atlet, Suharwadi Dahlan yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada awal pagi Isnin.

Atlet bina badan berusia 28 tahun itu menghembuskan nafas terakhir sehari selepas dia bertanding dalam sebuah acara di Sibu, Sarawak.

Khabar duka itu dikongsikan oleh Persatuan Bina Badan Bahagian Miri menerusi satu hantaran di Facebook.

"Dimaklumkan bahawa sahabat kita, Suharwardi Dahlan atau Wardy telah kembali kerahmatullah.

"Arwah merupakan salah seorang atlet yang mewakili bahagian Miri di Mr Sarawak 2024.

"Miri kehilangan seorang atlet yang mempunyai masa depan cerah dalam sukan bina badan," ujar persatuan itu.

Allahyarham dikatakan tidak sedarkan diri ketika berada di kediamannya di Pujut Tanjung Batu, Miri.

Dia dikejarkan ke Hospital Miri, namun disahkan sudah meninggal dunia pada pukul 3 pagi, Isnin.

Untuk rekod, Allahyarham juga merupakan seorang anggota polis berpangkat Koperal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain