suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Sellotape' mulut ketika latihan, aksi pemain tenis nombor 1 dunia buat ramai terpegun... Rupanya teknik baharu

Teknik tersebut dikatakan membantu melatih pernfasan.

MESKIPUN bergelar pemain tenis nombor 1 dunia, Iga Swiatek tetap mencari kaedah terbaik untuk memberi kelebihan pada dirinya ketika berhadapan dengan pencabar.

Malah bintang Poland berusia 22 tahun itu sanggup meletakkan pita pelekat pada mulut bagi melatih pernafasan ketika sedang bermain.

Kaedah 'pelik' yang digunakan itu mendapat perhatian warga maya dan rata-ratanya mempersoalkan manfaat daripadanya.

Difahamkan, dia melakukan teknik tersebut sebagai persiapan untuk Terbuka Kanada.

Walau apa pun alasannya, Swiatek jelas memaksa diri untuk mencapai had tertinggi kerana telah memenangi Terbuka Perancis pada Jun lalu.

Minggu lalu dia merangkul gelaran Terbuka Poland di tempat sendiri dengan kemenangan 6-0, 6-1 ke atas Laura Siegemund.

Dia akan meneruskan kempen Terbuka Kanadanya pada hari Rabu menentang lawan yang masih perlu diputuskan selepas dia meninggalkan pusingan pertama. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain