suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Firmino ikut jejak Ronaldo, Benzema ke Arab Saudi

Firmino dilamar kelab Al-Ahli. -Twitter

LEGENDA Liverpool, Roberto Firmino menjadi bintang elit Eropah terbaru yang melengkapkan perpindahan ke Liga Pro Saudi, setelah menyertai Al-Ahli.

Pemain berusia 31 tahun itu meninggalkan Liverpool selepas lapan musim di mana dia menjaringkan 111 gol dalam 362 penampilan.

Firmino juga memainkan peranan bagi memenangi Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia FIFA, Piala FA, Piala Carabao bersama Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Ketibaan Firmino di Al-Ahli didedahkan oleh kelab itu dalam video yang disiarkan di Twitter.

Perpindahan itu berlaku kurang seminggu selepas pasukan itu membuat perjanjian untuk menandatangani penjaga gol Senegal, Edouard Mendy dari Chelsea. -Sportsbrief

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain