suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar didenda gara-gara bina tasik tanpa kebenaran di rumah mewah miliknya

Neymar didenda gara-gara melanggar peraturan Majlis Perbandaran Mangaratiba.

PEMAIN Paris Saint-Germain (PSG) Neymar didenda €3.06 (RM15.5 juta) oleh pihak berkuasa Brazil kerana membina tasik buatan manusia di rumah mewahnya di Mangaratiba, dekat Rio de Janeiro.

Majlis Perbandaran Mangaratiba dalam satu kenyataan berkata mereka mengeluarkan empat kompaun ke atas Neymar kerana membina tasik haram tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, jurucakap Neymar enggan memberi komen ketika dihubungi ESPN dan The Associated Press tentang hal itu.

22 Jun lalu, pegawai alam sekitar membuat pemeriksaan di kediaman Neymar berikutan aduan tentang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dalam pada itu, syarikat pembinaan yang dilantik Neymar, Genesis Ecossistemas, berkata tasik yang dibina mereka berkeluasan 1,000 meter persegi.

Menerusi Instagram, mereka juga berjanji untuk memohon permit dan akan mengikut segala peraturan ditetapkan kerajaan. - ESPN.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain