suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tular selepas kena 'reject' semasa siaran langsung perlawanan besbol

Seorang lelaki kena 'reject' dengan wanita secara langsung.

WALAUPUN LSU menghadiahkan kemenangan pada malam Isnin dengan memenangi kejuaraan Siri Dunia Kolej, namun seorang peminatnya mengalami 'kekalahan' teruk selepas ditolak semasa kamera sesi siaran langsung terarah padanya.

Mana tidaknya, di tengah-tengah aksi tersebut, kamera ESPN menangkap interaksi antara peminat LSU berpakaian ungu dan seorang wanita berambut coklat di tempat duduk.

Sambil memandang pada wanita yang memakai baju atasan berkolar putih, lelaki itu cuba bercakap dengannya namun 'ditolak'.

Malah wanita itu mengangkat tangannya sehingga menyebabkan lelaki itu berundur.

Perbuatannya yang terakam itu kemudian dikongsikan di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Salah seorang peminat menulis 'Big L' yang menggambar 'loser' padanya.

Seorang lagi menambah 'lelaki itu juga boleh menerima semua pukulan Jell-O, kerana dia tidak bertuah malam ini'.

Manakala seorang lagi menyifatkannya sebagai 'Harimau LSU' yang tidak menjaringkan gol.

Tiga siri terbaik turun ke perlawanan akhir selepas LSU memenangi pertemuan pertama 4-3 menentang Gators. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain