suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet perpindahan Man United hanya RM560.1 juta, perlu jual pemain

Keluarga Glazer ada mengumumkan bahawa mereka ingin mengambil alih Man United.

ANGGARAN perpindahan Manchester United dilaporkan hanya kira-kira RM560.1 juta (£100 juta) walaupun dibeli oleh warga Qatar yang kaya-raya.

Lewat tahun lepas keluarga Glazer mengumumkan mereka terbuka untuk mengambil alih Red Devils atau memberi suntikan dana sebagai pertukaran untuk sebahagian kepentingan.

Jumaat ini dijangka menjadi muktamad iaitu tarikh akhir bagi pihak membuat tawaran untuk membeli Old Trafford, dengan Sheikh Jassim dan Sir Jim Ratcliffe kedua-duanya menyerahkan bidaan.

Menurut The Athletic, bahawa bajet United akan dihadkan kerana peraturan permainan adil dan satu-satunya cara untuk mereka mengumpul dana tambahan ialah dengan menjual pemain.

United berada di landasan untuk menduduki tempat empat teratas dan berpeluang menambah Piala FA kepada Piala Carabao yang telah mereka menangi, tetapi sokongan kewangan untuk penambahbaikan tidak jelas walaupun kepada pengurus.

Ditanya sama ada dia telah diberitahu dia mempunyai dana untuk musim panas ini tanpa mengira bagaimana proses pengambilalihan berjalan, Erik ten Hag berkata dia tidak mempunyai sebarang rancangan.

"Tidak ada. Saya tidak mempunyai pengaruh tentang itu, saya tidak mempunyai... juga saya tidak tahu.

"Satu-satunya perkara yang saya tahu ialah Man United adalah salah satu kelab terbesar dan saya fikir ia antara mungkin (dua) kelab terbesar di dunia dari sudut pandang peminat," ujarnya. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain