suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo tinggalkan stadium sebelum perlawanan dengan Vallecano berakhir

Ronaldo dilihat meninggalkan stadium lebih awal sebelum perlawanan berakhir.

CRISTIANO Ronaldo dilihat meninggalkan Stadium Old Trafford sebelum perlawanan persahabatan antara Manchester United menentang Rayo Vallecano berakhir.

Difahamkan Ronaldo meninggalkan stadium sepuluh minit sebelum wisel penamat.

Ronaldo hanya beraksi selama 45 minit menenang Vallecano sebelum digantikan oleh Amad Diallo.

Vallecano menyamakan kedudukan melalui Alvaro Garcia ketika perlawanan persahabatan tersebut berakhir seri 1-1.

Tidak diketahui sama ada Ronaldo diberi kebenaran untuk berbuat demikian.

Tindakan tersebut meninggalkan tanda tanya ramai, sehingga ramai membuat spekulasi bahawa bintang antarabangsa Portugal itu tidak gembira kerana keputusan digantikan pada separuh masa perlawanan. - Thesun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain