suria

Atlet gimnas patah kaki bantu pasukan rangkul emas

Joe Fraser bantu pasukan gimnas England tawan emas.

USAHA atlet gimnas, Joe Fraser yang terus berjuang dalam saingan di Sukan Komanwel walaupun patah kaki membolehkan pasukan England memenangi emas dalam perlawanan akhir berpasukan lelaki.

Difahamkan, semasa perlawanan, pemain berusia 23 tahun itu juga mengalami apendiks yang pecah dan terpaksa menarik diri daripada beberapa acara selain tidak dapat bersaing untuk kejuaraan keseluruhan.

Walaubagaimanapun, dia memberi fokus bagi disiplin lain sehingga berjaya mendahului markah dalam kuda pommel dan palang mendatar.

Berkongsi mengenainya, ujar Fraser, dia cuba mengatasi segala kemungkinan yang ada dan kembali cergas untuk beraksi.

"Saya sangat bangga dengan pencapaian diri saya sendiri.

"Sebelum ini, saya sudah melalui pelbagai kesukaran dan akhirnya yakin dengan kemampuan sendiri," luahnya.

Malah katanya, dengan kecederaan yang dialami dia mampu membuat pendaratan dengan baik. - Metro.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain