suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terima 'double bogey', Nelly Korda kesal peminat selamba kutip bola golf ketika perlawanan

Peminat menunjukkan bola golf milik Nelly Korda yang dikutipnya.

TINDAKAN seorang peminat yang 'baik hati' mengutip bola golf semasa permainan berlangsung menyebabkan pemain nombor tiga dunia Nelly Korda gagal meraih keputusan cemerlang dalam Kejohanan Evian di Perancis baru-baru ini.

Peminat tersebut kemudiannya diminta untuk meletakkan semula bola golf di tempat dia mengambilnya.

Pada masa sama dimarahi marshall bertugas kerana dia memasuki kawasan pertandingan tanpa izin.

Insiden tersebut berlaku selepas Korda membuat pukulan bagi lubang keenamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang golf jelita terima ugutan bunuh, apa yang berlaku sebenarnya?

Walaupun tidak dikenakan penalti, namun Korda diberikan double bogey pada lubang keenam sekali gus menyukarkannya untuk mendapatkan mata terbaik selepas pukulan pada lubang kedua tersasar.

Beliau bagaimanapun berjaya mengakhiri perlawanan ke 13 tersebut selain hampir kehilangan title nombor tiga dunia. - Mirror.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain