suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

McGregor gemar kumpul jam tangan mewah, terbaharu beli jenama Rolex bernilai RM15.8 juta!

Connor McGregor membeli seutas jam tangan mewah jenam Rolex.

PENINJU UFC Connor McGregor menambah seutas jam tangan baharu jenama Rolex ke dalam koleksinya.

Jam tangan tersebut yang bertatahkan batu nilam yang bersinar dianggarkan bernilai sekitar £3 juta (RM15.8 juta).

Peninju dari Ireland berusia 33 tahun itu menayang jam tersebut di laman Instagramnya.

Sementara itu di pergelangan tangan kiri pula, McGregor menggayakan seutas jam tangan jenama Chopard bernilai £500,000 (RM2,637,720).

McGregor yang tidak pernah bertarung di UFC sejak patah kaki pada pusingan pertama kekalahan kepada Dustin Poirier pada Julai 2021, membelanjakan £2.2 juta (RM11.6 juta) untuk sepasang jam tangan tahun lalu.

McGregor juga membeli seutas jam tangan Astronomia Tourbillon Baguette Jacob & Co baru-baru ini, yang bernilai £730,000 (RM3,851,072). - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain