suria

7 individu ditangkap gara-gara protes alam sekitar di litar lumba, ini pesanan Lewis Hamilton

Hamilton menyuarakan sokongannya namun meminta para aktivis agar berhati-hati. Foto: Tim Goode/PA.

PELUMBA Formula Satu (F1) Lewis Hamilton tampil menyuarakan sokongan buat aktivis alam sekitar yang menceroboh trek di Grand Prix British pada Ahad.

"Terima kasih kepada mereka. Terima kasih penunjuk perasaan.

"Saya suka orang yang berjuang untuk planet ini dan kami memerlukan lebih ramai orang seperti mereka," ujarnya.

Hamilton kemudian bertindak menjelaskan sokongannya, mendedahkan dia tidak menyedari penunjuk perasaan telah menyerbu trek apabila membuat komennya selepas perlumbaan tamat.

"Seperti yang kita lihat hari ini, ini adalah sukan yang berbahaya.

"Saya tidak mengetahui tentang protes hari ini, dan walaupun saya akan sentiasa menyokong mereka yang mempertahankan apa yang mereka percayai, ia mesti dilakukan dengan selamat.

"Tolong jangan melompat ke litar perlumbaan kami untuk membantah, kami tidak mahu meletakkan anda dalam bahaya," ujarnya.

Dalam kejadian itu, aktivis-aktivis tersebut diheret oleh marshal sambil menerima sorakan daripada penonton yang hadir.

Polis Northamptonshire berkata tujuh individu telah ditangkap selepas melakukan pencerobohan pada pusingan pembukaan kejohanan Silverstone. - Yahoo!.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain