suria

City sah ikat penjaga gol Jerman, impian Stefan Ortega jadi kenyataan

Ortega sah menandatangani kontrak dengan City selama tiga tahun. Foto: Getty Images

MANCHESTER City mengesahkan telah 'mengikat' penjaga gol Jerman, Stefan Ortega dengan kontrak tiga tahun bersama kelab tersebut.

Pemain berusia 29 tahun itu tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas kontraknya di Arminia Bielefeld tamat awal minggu ini.

Ortega dijangka akan menjadi pilihan kedua kepada penjaga gol utama, Ederson.

Ortega menjadi pemain kedua yang menyertai City pada jendela perpindahan musim panas selepas Erling Haaland.

"Ini satu langkah yang hebat untuk saya. Manchester City adalah pasukan yang menakjubkan, skuad dengan kualiti bertaraf dunia di setiap bahagian.

"Diberi peluang menyertai kumpulan pemain ini dan membantu meneruskan kejayaan kelab adalah impian saya," kata Ortega. - Thesun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain