suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mike Tyson dibenci jiran gara-gara suka beri makanan kepada burung

Mike Tyson dijangka kembali beraksi bulan depan, menentang Roy Jones Jnr.

SIFAT murni juara Heavyweight dunia, Mike Tyson yang suka memberi makanan kepada burung merpati tidak disenangi jiran-jirannya.

Akibat perbuatan itu, kawasan kejiranannya di Las Vegas dipenuhi najis haiwan itu sehingga dia menjadi mangsa kebencian dalam komuniti.

Kata jiran-jiran, najis burung bukan sahaja merosakkan cat kediaman mereka malah menyebabkan kenderaan menjadi kotor.

Namun kata atlet terkenal itu, kehadiran burung banyak memberi manfaat kepada kesihatan mentalnya selama ini.

Berusia 54 tahun, dia dijangka kembali beraksi bulan depan, menentang Roy Jones Jnr di Brooklyn dan Las Vegas. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mike Tyson, merpati, jiran

Artikel Lain