suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juventus pecat Maurizio Sarri sebagai jurulatih, Pirlo dilantik sebagai pengganti

Juventus mengumumkan pelantikan Andrea Pirlo (kiri) menggantikan Maurizio Sarri yang dipecat. Foto: Skysport

GERGASI bola sepak Itali, Juventus memecat Maurizio Sarri sebagai jurulatihnya pada Sabtu.

Pemecatan itu dilakukan sehari selepas pasukan berkenaan tersingkir dari Liga Juara-Juara.

Sarri membimbing Juventus meraih gelaran Serie A yang kesembilan berturut-turut.

Bagaimanapun, menerusi peraturan gol di tempat lawan, mereka tersingkir dari Liga Juara-Juara di tangan Lyon pada pusingan 16 akhir.

"Kelab mahu mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kerana membantu Juventus memahat sejarah baharu dengan menjulang kejuaraan Serie A kesembilan berturut-turut," kata Juventus dalam satu kenyataan hari ini.

Sarri, 61, menggantikan Massimiliano Allegri musim ini selepas membantu Chelsea menjuarai Liga Europa.

Susulan pemecatan itu, Juventus pada Sabtu mengumumkan pelantikan Andrea Pirlo sebagai pengganti Sarri. - BBC

Artikel Lain