suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Catat 6 gol pada Januari, penyerang Man City Sergio Aguero jadi pemain asing jaringan paling banyak dalam sejarah EPL

Sergio Aguero. Foto Reuters

SERGIO Aguero dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris bagi Januari, selepas menjadi pemain luar negara yang menjaringkan gol paling banyak dalam sejarah divisyen itu.

Penyerang Manchester City itu menjaringkan enam gol pada bulan berkenaan.

Dan ia merupakan kali ketujuh beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris.

Ia sekali gus membuatkan beliau mengatasi pencapaian dua pemain, Steven Gerrard dan Harry Kane, masing-masing memenanginya sebanyak enam kali.

Aguero meraih undian paling banyak untuk mengalahkan saingan daripada Alisson Becker, Abdoulaye Doucoure, Jack Grealish, Jordan Henderson, Ayoze Perez dan pemain pertahanan Southampton, Jack Stephens.

Beliau juga menjadi pemain Manchester City pertama memenangi anugerah itu pada musim ini. - Mail Online

Sergio Aguero, Manchester City

Artikel Lain