40 pemain kelab Hockademy bakal terima sijil sukan dan rekreasi - Sukan | mStar

40 pemain kelab Hockademy bakal terima sijil sukan dan rekreasi

Fariz (duduk, kanan) bersama Ahmad Tajudin Jab pada sidang media selepas pihak kelab menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pihak TGCC PLT. Turut kelihatan Megat D Shariman (barisan belakang ketiga dari kanan).

SERAMAI 40 pemain daripada kelab Hockademy bakal menerima sijil dalam bidang sukan dan rekreasi selepas pihak kelab menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pihak TGCC PLT - satu badan pentauliahan yang berada di bawah badan penganugerahan persijilan daripada Britain, OTHM.

Badan pensijilan ini dikawal selia dan diiktiraf 'Office of the Qualification and Examination Regulation (Ofqual) iaitu jabatan bukan kerajaan yang mengawal selia pensijilan dan peperiksaan di England.

Menerusi persefahaman ini juga, Hockademy yang berada di bawah naungan Persatuan Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur (PPSHKL) buat julung kalinya menjadi organisasi pertama dalam industri sukan tanahair yang menjalinkan kerjasama dengan TGCC PLT dalam usaha membantu atlet menerima pensijilan yang diikiraf.

"Seperti mana semua tahu, Hockademy yang baru kurang enam bulan (ditubuhkan) mempunyai inspirasi dan harapan yang tinggi.

"Bagi pihak persatuan kita cuba melakukan sesuatu yang komuniti hoki di Eropah atau Australia sudah lama lakukan, tapi masih asing di Malaysia.

"Sekiranya hendak mengharapkan kerajaan melakukan setiap perkara, perkembangan sukan itu agak sukar. Oleh itu, pengerusi persatuan (Datuk Seri Megat D Shariman Zaharudin) mengambil inisiatif di Eropah dan Australia untuk melihat sendiri bagaimana kelab sukan hoki di negara berkenaan menjadi kuasa besar dunia sukan hoki.

"Jadi kami mengambil pelajaran di sana dan membawanya ke Malaysia. Kami mahu kembangkan perkara yang sama di sana untuk kemajuan sukan hoki di negara ini," kata Timbalan Presiden PPSHKL, Muhamad Fariz Mustafa dalam sidang media pada Rabu.

Apa yang menarik, sijil sama taraf diploma atau ijazah yang diiktiraf OTHM ini mampu diperoleh pemain dan pegawai Hockademy yang sudah lama bergiat aktif dalam sukan tanpa perlu memasuki kelas.

Sebaliknya, pensijilan ini adalah melalui proses Pengiktirafan Terdahulu  seseorang itu akan diiktiraf berdasarkan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki melalui pengalaman kerja.

"Kami akan kumpulkan segala dokumen yang mereka ada (Sijil Pelajaran Malaysia, diploma atau sebagainya) dan kemudian, digabungkan dengan kemahiran yang mereka miliki semasa menjadi atlet. Kami akan buat satu 'port folio' secara individu dan penilaian akan dibuat.

"Berdasarkan penilaian itu, kami akan lihat di mana tahap yang mereka capai dan kami akan berikan pensijilan berdasarkan tahap atau mungkin akan ada satu program tambahan yang perlu dilaksanakan," kata Pengerusi TGCC PLT, Datuk Ahmad Tajudin Jab.

Melalui pensijilan ini, ia menaiktaraf kelayakan atlet yang telah berkhidmat untuk negeri mahupun negara di samping  meningkatkan imej mereka menerusi penganuegrahan kelayakan kemahiran dalam bidang sukan.

Inisiatif persijilan ini juga adalah satu langkah untuk memartabatkan bidang sukan dan memperkasakan kemahiran atlet, jurulatih dan pegawai sukan untuk tampil berdaya saing dalam kompetensi bidang sukan dan rekreasi.

Hoki , Kuala Lumpur , Sijil , OTHM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain