suria

Hernandez sarung jersi LA Galaxy, terima gaji paling tinggi dalam MLS

Hernandez menyertai LA Galxy dengan gaji 103 ribu paun seminggu.

JAVIER Hernandez sah menyertai LA Galaxy dan bakal menerima gaji paling tinggi dalam aksi Major League Soccer (MLS).

Hernandez yang dikenali Chicharito,31, berpindah ke LA Galaxy dari Sevilla dengan mengikat kontrak tiga tahun dan menerima gaji 103 ribu paun (RM548,000) seminggu.

Sebelum ini LA Galaxy giat mencari penyerang baharu bagi menggantikan Zlatan Ibrahimovic yang meninggalkan kelab bagi menyertai AC Milan.

Bos Galaxy Dennis te Kloese berkata: "Javier amat konsisten dalam menyumbangkan gol ketika bersama liga hebat di dunia dan antara pemain yang berjaya bersama negaranya (Mexico) lebih sedekad lalu.

"Dia adalah pesaing yang berjaya membuktikan dirinya di peringkat tertinggi dan menjaringkan banyak gol sepanjang masa ketika bersama pasukan Concacaf.

"Kami yakin dia akan menjadi perang terbaik dalam Lajor League Soccer dan membantu kami dalam pelbagai cara.

"Kami sangat berbangga membawa Javier ke Los Angelas dan bersedia untuk memperkenalnya kepada peminat-peminat La Galaxy di bandar ini."

Dalam pada itu, Hernandez meluahkan rasa penghargaan kepada Sevilla  sebelum meninggalkan kelab itu.

"Saya mengucapkan selamat tinggal kepada kelab yang saya bersama dalam tempoh singkat tetapi cukup memberi kesan besar dan mengajar saya erti sebenar dunia bola sepak.

"Ucapan selamat tinggal dengan penuh nostalgia kerana saya pasti jika mempunyai lebih masa, saya tidak akan tinggalkan kelab ini. Saya perlu menghormatinya," tulis Hernandez di laman Instagramnya. - Dailymail.co.uk

Artikel Lain