Fred tunggu Alisson di terowong semata-mata mahu tukar jersi - Sukan | mStar

Fred tunggu Alisson di terowong semata-mata mahu tukar jersi

Fred berbual dengan Alisson sebelum bertukar jersi dengan rakan senegaranya itu.

PEMAIN tengah Manchester United Fred berlegar-legar di dalam terowong Anfield selepas pasukannya tewas kepada Liverpool semata-mata mahu bertukar jersi dengan rakan senegaranya, Alisson.

Fred tampil cemerlang meskipun gagal membantu pasukannya mencipta keajaiban di Anfield.

Liverpool memenangi pertemuan sengit itu menerusi jaringan Virgil van Dijk dan Mohamed Salah.

Alisson memain peranan penting dalam memastikan gawang tuan rumah tidak dibolosi lawan.

Penjaga gol itu mengambil masa untuk ke bilik persalinan kerana meraikan gol jaringan Salah pada saat akhir di atas padang.

Semasa dalam perjalanan ke bilik persalinan, Fred dilihat setia menunggu Alisson.

Kedua-duanya kemudian dilihat saling berpelukan dan bertukar jersi antara satu sama lain.

Dalam pada itu, kehadiran pemilik Liverpool John W Henry turut mengejutkan pengurusnya Jurgen Klopp.

"Wow, menakjubkan," kata John. - Metro.co.uk

Fred , Alisson , Manchester United , Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain