suria

Patung Ibrahimovic dijahanamkan buat kali kedua

Patung Zlatan Ibrahimovic yang dirosakkan. Foto Getty/Daily Star

PATUNG bintang Zlatan Ibrahimovic di Malmo, Sweden menjadi mangsa vandalisme apabila hidungnya 'dipotong' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Vandalisme itu dipercayai dilakukan oleh tindakan protes terhadap keputusan bekas pemain Manchester United itu untuk membeli saham di kelab Sweden, Hammarby.

Ibrahimovic yang juga bekas penyerang Sweden berusia 38 tahun itu menyertai Malmo 20 tahun lalu.

Beliau menjaringkan 18 gol dalam 47 perlawanan buat kelan itu sebelum berhijrah ke kelab gergasi Belanda, Ajax.

Ibrahimovic juga merupakan bekas pemain Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, Paris St-Germain yang kini mencari kelab seterusnya selepas meninggalkan LA Galaxy pada akhir musim MLS.

Pada 27 November lalu, diumumkan beliau membeli 25 peratus saham di Hammarby, kelab yang menduduki tempat ketiga dalam kejohanan Sweden tahun ini.

Pada hari yang sama, struktur patung Ibrahimovic yang diperbuat daripada gangsa setinggi 3.5 meter yang dibina pada 9 Oktober itu disembut dengan cat, dibakar, disembur dengan cat, dibakar dan terdapat tempat duduk tandas di bahagian lengan.

Terbaru, hidung patung tersebut pula dipotong dan keseluruhan struktur disimbah dengan cat warna perak. - Daily Star




Zlatan Ibrahimovic, patung

Artikel Lain