suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhammad Haiqal muncul sebagai Raja Pecut Asia Tenggara yang baharu

Pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail itu melakar catatan masa 10.35 saat dalam acara 100 meter. Foto: Instagram haiqalhanafi

PELARI pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi dinobatkan selaku Raja Pecut baharu Asia Tenggara selepas mengungguli acara 100 meter Sukan SEA ke-30 pada aksi di Stadium Olahraga New Clark City, Filipina pada Ahad.

Pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail itu melakar catatan masa 10.35 saat untuk memenangi acara riben biru berkenaan, sekali gus mempertahankan emas dimenangi seorang lagi pelari pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan catatan masa 10.38s.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukan SEA: Lego Sam sumbang emas kedua

Pingat perak dan gangsa dalam acara itu, masing-masing diraih oleh dua pelari Thailand iaitu Sowan Ruttanapon dan Bandit Chuangchai yang mencatat masa 10.49 saat dan 10.52 saat.

Dalam pada itu, pelari pecut wanita kebangsaan, Zaidatul Husniah Zulkifli menduduki tangga keenam daripada lapan atlet dalam acara 100 meter wanita dengan catatan 11.84 saat.

Acara berkenaan diungguli pelari Vietnam, Le Tu Chinh dengan catatan 11.54 saat, disusuli wakil tuan rumah, Kristina Marie Knott (11.55 saat), manakala pelari Singapura, Shanti Veronica Pereira meraih gangsa selepas mencatat masa 11.66 saat. - BERNAMA

Artikel Lain