Lelaki buat isyarat perkauman, ejek Fred ditahan polis - Sukan | mStar

Lelaki buat isyarat perkauman, ejek Fred ditahan polis

Fred menjadi sasaran seorang penyokong Manchester City yang mengejeknya dengan isyarat berbaur perkauman. Foto: PA

POLIS mengesahkan pihaknya sudah menahan seorang lelaki yang membuat isyarat berbaur perkauman bagi mengejek pemain tengah Manchester United, Fred, ketika perlawanan pasukan itu menentang Manchester City di Etihad.

Lelaki berusia 41 tahun itu yang merupakan salah seorang penyokong City dilaporkan memberikan isyarat monyet kepada Fred.

Tidak cukup dengan itu, Fred kemudian dibaling dengan objek dan ia mengenai pemain itu.

Perlakuan itu berbentuk cacian dan penghinaan ke atas Fred, seorang pemain kulit hitam.

Video yang tular di media sosial memaparkan perlakuan lelaki berkenaan yang membuat isyarat berbaur perkauman itu.

Polis dalam satu kenyataan berkata: "Seorang lelaki telah ditangkap selepas video yang disiarkan di media sosial menunjukkan penyokong yang membuat gerakan perkauman pada perlawanan Manchester City dengan Manchester United di Stadium Etihad semalam."

Sementara itu Manchester City turut meluahkan kekesalan dengan insiden berkenaan dan berikrar mengambil tindakan termasuk larangan seumur hidup kepada penyokong yang bersikap sedemikian.

Dalam perlawanan itu, United menewaskan City dengan jaringan 2-1 menerusi Marcus Rashford and Anthony Martial. - Mirror.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain