Kurang yakin punca Johnathan gagal pertahan emas - Sukan | mStar

Kurang yakin punca Johnathan gagal pertahan emas

Reaksi Johnathan selepas kalah dalam acara 10 Meter Pistol Udara pada Sukan SEA Filipina 2019 di Pusat Latihan Marine Corps pada Sabtu. FotoBERNAMA

PENEMBAK negara, Johnathan Wong gagal mempertahankan pingat emas dimenangi di Kuala Lumpur dua tahun lalu, selepas sekadar menamatkan kedudukan di tempat keempat acara 10 meter (m) air pistol lelaki pada temasya Sukan SEA ke-30 di Manila pada Sabtu.

Dalam aksi final di Pusat Latihan Marine Corps, penembak Sukan Olimpik Rio 2016 itu bermula agak perlahan selepas menamatkan kedudukan di tempat kelapan pada peringkat awal.

Atlet berusia 27 tahun itu, bagaimanapun, mempamerkan kebangkitan apabila memanjat satu demi satu kedudukan, namun langkah positif itu tersekat di pusingan ketujuh yang menyaksikan beliau hanya mampu membidik keseluruhan 194.0 mata, sekali gus terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat terbaik.

"Saya rasa mungkin disebabkan rentak saya tidak berapa konsisten, dan bila rentak mula tidak seperti diharapkan, saya pun mula jadi kurang keyakinan dengan tembakan saya. Itu juga mungkin antara punca kedudukan saya jatuh semula," katanya.

Pingat emas dimenangi penembak Thailand, Pongpol Kulchairattana yang membidik 240.5 mata, menewaskan juara Olimpik Rio 2016, Hoang Xuan Vinh dari Vietnam yang membidik pingat perak dengan 239.6 mata.

Gangsa turut menjadi milik atlet Vietnam, Tran Quoc Cuong yang mencatat 215.2 mata.

Johnathan merupakan pemenang pingat emas dalam acara itu ketika Sukan SEA 2017, yang menyaksikan beliau menewaskan Xuan Vinh yang meraih perak. - BERNAMA

Johnathan Wong , penembak , Sukan SEA

Artikel Berikut

Messi gantung but 2021?

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain