Malaysia tewas kepada UAE 1-2 - Sukan | mStar

Malaysia tewas kepada UAE 1-2

Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) dikawal ketat pemain UAE ketika menyerang kubu pertahanan UAE pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2030. Foto Bernama

MALAYSIA bermain bertungkus lumus namun Emiriah Arab Bersatu (UAE) muncul pasukan lebih baik dengan menumpaskan Harimau Malaya 2-1 dalam perlawanan Kumpulan G Pusingan Kelayakan Kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa malam.

Pemain hadapan Ali Ahmed Mabkhout muncul wira pada Selasa malam berikutan tendangan kemenangan bergandanya pada minit ke-43 dan ke 75 bagi menginspirasi kemunculan semula pasukan UAE, Al-Abyad.

Pemain Harimau Malaya Muhammad Syafiq mengejutkan UAE dengan gol pembukaan selepas 36 minit bila beliau menanduk lintasan cantik dari Matthew Davies, memberikan satu permulaan sempurna.

Malaysia mencatat kemenangan 3-2 menentang musuh ketat serantau Indonesia di Jakarta Khamis lepas.

Dalam satu lagi perlwanan Kumpulan G malam ini, Thailand membelasah Indonesia 3-0 di Gelora Bung Karno.

Malaysia dan UAE ketinggalan satu mata di belakang Thailand dengan empat mata sementara Vietnam di tempat keempat dengan satu mata dan Indonesia tanpa sebarang mata berada paling bawah. - Bernama


UAE , Piala Dunia/Piala Asia

Artikel Berkaitan

Artikel Lain