suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klopp secara peribadi minta Coutinho pindah ke Bayern

Klopp yakin Bayern Munich amat sesuai dengan Coutinho.

BOS Jurgen Klopp mendedahkan bahawa dia sendiri yang menyuruh Philippe Coutinho berpindah ke Bayern Munich.

Coutinho menyertai Bayern dari Liverpool secara pinjaman jangka panjang bernilai 8.5 juta paun bulan lalu.

Klopp yang melatih Coutinho di Anfield menjangkakan pemain antabangsa Brazil itu akan lebih berjaya di Bundesliga.

"Dia seorang pemain yang menakjubkan.

"Sebenarnya kami tidak mahu dia pergi. Tetapi Barca memaksa kami dari segi kewangan.

"Dia pemain berkelas dunia, dan amat bagus untuk Bayern dan Bundesliga," jelasnya.

Klopp mengakui Liverpool sangat berminat dengan pemain berusia 27 tahun ini, namun harganya terlalu tinggi.

"Ia kedengaran pelik tetapi kami tidak cukup wang untuk dapatkannya. Kami sudah menghabiskan semua wang yang ada untuk dapatkan dia sebelum ini.

"Saya secara peribadi membeirtahu bahawa Bayern adalah tempat paling sesuai dengannya," jelas Klopp.-Onefootball

Artikel Sebelum

Artikel Lain