suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho akui pasukan simpanan Man City ada peluang menang lebih besar daripada Chelsea, Man United

Jose Mourinho. Foto Reuters

JOSE Mourinho menamakan empat pasukan yang dipercayainya boleh merebut gelaran pada musim ini.

Bagaimanapun, beliau meramalkan tiada kejayaan daripada pasukan lamanya, Chelsea dan Manchester United.

Bercakap kepada Sky Sports, Mourinho ditanya mengenai pasukan manakah yang dirasakannya akan merangkul trofi pada Mei tahun depan.

Malah, Mourinho mendedahkan bahawa beliau percaya pasukan B atau pasukan simpanan Manchester City mampu mencatatkan kejayaan berbanding dua kelab gergasi yang diuruskannya.

Beliau turut meramalkan Tottenham mempunyai peluang untuk menang. Saya rasa pasukan B Manchester City boleh merebut gelaran," katanya. - Daily Mail UK

Artikel Lain