Pemain golf 'insaf' selepas vape meletup dalam kereta Audi, “Saya rasa macam dibakar hidup-hidup”

Will mengalami kecederaan akibat letupan vape dalam kereta miliknya.

PEMAIN golf profesional, Will Hawksworth melecur pada badan selepas vape miliknya meletup di dalam kereta.

Menerusi kejadian itu, pemain berusia 24 tahun itu mengalami luka terbakar tahap tiga.

Lebih parah, vape itu meletup sewaktu ia berada di dalam poket sehingga pakaian yang dipakainya terbakar.

Kejadian berlaku sewaktu dia sedang memandu kereta Audi A5 miliknya.

Dalam pada itu, Will kini dalam proses untuk menuntut ganti rugi daripada pengeluar vape berkenaan.

"Saya rasa macam dibakar hidup-hidup. Ia perkara paling sakit pernah saya bayangkan.

"Memang takut, saya fikir sudah kehilangan nyawa. Saya tak akan guna vape lagi selepas ini," ujar Will.

Pemain golf PGA itu mula merokok sejak berusia 15 tahun dan berhenti pada usia 19 tahun.

Dia sebelum ini menggunakan vape sebagai ganti kepada rokok. - Daily Star.

vape, meletup, Audi A5, Will Hawksworth

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain