"If your pay peanut, you get monkeys”, Teong Kim mahu pulang ke Munich selepas kontrak berakhir

Teong Kim akan kembali ke Munich sebaik sahaj kontraknya berakhir pada 31 Oktober ini.

“HABIS saja kontrak,  saya akan pulang ke Munich,” demikian keputusan Lim Teong Kim.

Kontrak Teong Kim,55, sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bakal berakhir pada 31 Oktober ini.

Bekas pengendali akademi remaja Bayern Munich itu dilantik mengendalikan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) pada Ogos 2013.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan campur urusan AMD! - Teong Kim akhirnya bersuara pertahankan program NFDP

“Saya akan pulang ke Munich selepas kontrak berakhir seperti yang saya beritahu kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Menteri Belia dan Sukan) ketika berjumpa dengannya tahun lepas.

“Walaupun hanya lima tahun saya bersama NFDP, anda semua boleh lihat apa yang dicapai.

“Sebelum ini FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) menerusi Datuk Seri Subahan Kamal ada beritahu setiap program pembangunan memerlukan masa 10 tahun untuk melihat hasilnya. Ketika itu dia juga cakap kita gagal dan habiskan banyak duit.

"Tetapi sebenarnya program ini baharu sahaja lima tahun dan kini kita berada di landasan yang betul,” ujarnya kepada mStar.

Teong Kim berpuas hati peningkatan pemain-pemain mudanya.

Jelas Teong Kim, sepanjang tempoh lima tahun bersama NFDP, ia bukan berkaitan dengan kepuasan semata-mata.

“Apa yang saya lakukan adalah untuk membantu perubahan dan kejayaan bola sepak negara, tetapi orang Malaysia ini tidak faham apa itu pembangunan. Jadi apa boleh saya buat lagi?.

“Apa yang pasti saya sangat gembira dengan semua jurulatih NFDP kerana menunjukkan perubahan positif dengan ilmu yang dikongsi.

“Perlu diingat apa yang penting dalam program ini adalah jurulatih,” ujarnya.

Ditanya jika ada tawaran untuk menguruskan pasukan atau kelab di negara ini, Teong Kim berkata ia mungkin tidak akan berlaku.

“Mereka kata gaji saya terlalu tinggi.

“If your pay peanut, you get monkeys”.

“Dan saya bukan monyet,” ujarnya ringkas.

Mengenai siapa calon yang bakal menggantinya selepas ini, Teong Kim tidak mengharapkan apa-apa.

“Mereka datang dengan cara tersendiri. Dan dari situ nanti kita boleh lihat perbezaan kepakaran dan pengalaman mereka,” tambahnya.

Sementara itu, Teong Kim juga turut berkongsi gembira dengan kejayaan pasukan Bawah 15 Tahun yang dinobatkan juara Piala AFF pada Jumaat.

“Keperluan kita pada kejohanan ini adalah mara ke separuh akhir, tetapi apabila menang pada saingan separuh akhir, ia cukup bagus dan seterusnya jadi juara.

“Perlu kita ingat fokus utama kita bukan hanya di peringkat ini, tetapi adalah layak ke Kejohanan Piala Dunia Remaja.

“Kita perlu menetapkan sasaran paling tinggi untuk dicapai.

“Mereka inilah yang akan membawa misi itu,” katanya.

Lim Teong Kim, FAM, NFDP, Kontrak

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain