suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuad Bawah 15 Tahun Negara muncul juara Piala AFF

Pasukan Bawah 15 Tahun negara muncul juara selepas tumpaskan tuan rumah, Thailand pada Jumaat. Foto: FAM

PASUKAN Malaysia yang bangkit daripada ketinggalan satu gol, berjaya menundukkan juara tiga kali Thailand, 2-1 untuk menjuarai Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) B-15 2019 di Stadium IPE Chonburi, Thailand.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah P. Maniam mengulangi kejayaan 2013 Malaysia memenangi kejohanan itu buat kali pertama dengan mengalahkan Indonesia 3-2 pada final menerusi penentuan penalti susulan terikat 1-1 selepas masa penuh perlawanan.

Pada perlawanan yang berlangsung Jumaat,Thailand mendahului pada minit ke-16 melalui gol dijaringkan Theekawin Chansri, sebelum Malaysia bangkit dan menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua, melalui Muhammad Izrin Ibrahim pada minit ke-69 dan Muhammad Nabil Qayyum (minit ke-79), menurut laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Untuk rekod, Malaysia mendahului Kumpulan B sebelum mengalahkan pasukan tempat kedua Kumpulan A, Vietnam 3-1, di perlawanan separuh akhir pada Rabu.

Pasukan itu memulakan kempen mereka dengan membelasah Brunei Darussalam 8-0 pada 28 Julai, Kemboja (2-0) pada 30 Julai, Australia (3-0) pada 1 Ogos, sebelum seri 1-1 dengan Laos dan pasukan tuan rumah masing-masing pada 3 dan 5 Ogos..- Bernama

Juara B15, AMD, FAM, AFF

Artikel Sebelum

Artikel Lain