suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akhirnya Lukaku sertai Inter Milan

Romelu Lukaku.

INTER Milan berjaya memuktamadkan perpindhaan Romelu Lukaku dari Manchester United dengan bidaan sekitar 74 juta pound sterling.

Lukaku bersetuju menandatangani kontrak selama lima tahun bernilai 300,000 pound sterling seminggu.

Pemain itu tiba di Milan pagi Selasa dan disambut penyokong kelab gergasi Itali itu di lapangan terbang sebelum pergi menjalani pemeriksaan perubatan.

Sebaik melengkapkan perpindahan itu, Lukaku memberitahu laman web Inter: "Inter satu-satunya kelab yang saya ingin sertai kerana Inter bukan untuk semua orang. Saya ke sini untuk mengembalikan kegemilangan Nerazzuri."

Antonio Conte menjadikan Lukaku sasaran utamanya kali ini selepas gagal mendapatkan khidmat pemain itu semasa mengemudi Chelsea pada 2017.

Lukaku nyaris menyertai Juventus minggu lalu menerusi pertukaran dengan Paulo Dybala sebelum rundingan gagal selepas pemain muda itu enggan berpindah ke Old Trafford.

Bintang kebangsaan Belgium itu amat terdesak untuk meninggalkan United dan dilihat berlatih dengan bekas kelabnya, Anderlecht awal minggu ini meskipun dia sepatutnya hadir ke padang latihan Red Devils.

United memotong gaji dua minggu Lukaku di atas ketidakhadirannya, malah Ole Gunnar Solskjaer meminta dia berlatih bersama skuad simpanan. - Metro.co.uk

Artikel Lain