suria

Eriksen 'tutup pintu' buat United, tetap pegang janji

Eriksen tidak mahu bermain dengan kelab Liga Perdana lain bagi menghormati Spurs.

CHRISTIAN Eriksen 'menutup pintu' perbincangan dengan Manchester United kerana memegang janjinya bersama Pengerusi Spurs Daniel Levy pada tahun 2017.

Dua tahun lalu perancang utama Hotspur ini menerusi ejennya Martin Schoots kepada Levy bahawa dia tidak akan bermain dengan kelab London yang lain bagi menghormati Spurs.

Sebelum ini pemain Denmark berusia 27 tahun itu turut dikaitkan dengan Chelsea.

Selepas United menunjukkan minat mendapatkannya, Eriksen mendedahkan dia tidak bersedia untuk bermain dengan kelab lain.

Selain itu kelab Serie A Juventus turut dikaitkan dengan Eriksen.

Pintu perpindahan pemain bakal berakhir pada Khamis 5 petang, manakala di Sepanyol dan Itali sehingga 2 September ini.

Tottenham dipercayai mahu 80 juta paun jika Eriksen berpindah ke kelab Liga Perdana.

Malah Spurs bakal kehilangan Erikson tanpa sebarang faedah jika tidak menjualnya dalam tempoh tiga minggu kerana kontrak pemain yang bergaji 75,000 paun seminggu ini akan berakhir pada 2020.

Pada Jun lalu, Eriksen pernah meluahkan mahu 'mencuba sesuatu yang baharu'. -Dailymail.co.uk

Christian Eriksen, Spurs

Artikel Lain