suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akhirnya... Manchester United terima tawaran Inter Milan, lepaskan Lukaku

Romelu Lukaku (kanan) bersama ejennya, Federico Pastorello berlepas ke Milan. Foto instagram Federico Pastorello

MANCHESTER United akhirnya bersetuju dengan terma bersama Inter Milan buat Romelu Lukaku, dan membenarkan penyerang yang tidak menyertai latihan itu untuk menyempurnakan hasratnya untuk berpindah keluar dari kelab itu.

Kelab Red Devils bagaimanapun belum mengesahkan perjanjian tersebut.

Namun, difahamkan mereka menerima tawaran yang lebih baik bernilai £72 juta, termasuk bonus £12 juta, selepas sehari rundingan melibatkan egen Lukaku, Federico Pastorello di London.

Pemain Belgium berusia 26 tahun itu terbang ke Itali pada Rabu malam untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Milan pada Khamis.

Dia dilihat bersama ejennya menaiki jet peribadi, tulis Pastorello di Instagram: "Sedia untuk berlepas .... ke Milan". 

Untuk rekod, ia merupakan tawaran ketiga yang dikemukan oleh Inter Milan kepada Manchester United bagi mendapatkan Lukaku. - Daily Mail UK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain