suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendidikan anak-anak punca Rooney kembali ke kancah bola sepak England

Rooney mengakui keluarga antara faktor utama untuk kembali ke England.

WAYNE Rooney mengakui faktor pendidikan anak-anaknya memainkan peranan penting dalam membuat keputusan untuk tinggalkan Amerika Syarikat dan kembali menyertai bola sepak England.

Rooney membuat kejutan untuk kembali mewarnai bola sepak England dengan menyertai kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Derby County.

Jelasnya ketika sidang media, keluarga adalah punca utama dia mengambil keputusan ini.

"Ada sesuatu yang kami lihat. Mempunyai empat anak lelaki dan paling sulung Kai merupakan tempoh sukar dalam persekolahan.

"Ia merupakan keputusan penting buat saya tetapi ada juga beberapa faktor lain untuk kembali ke sini," ujar Rooney.

Rooney kembali ke kancah bola sepak England.

Antara faktor lain adalah peluang Rooney untuk mengikut jejak bekas rakan Englandnya Steven Gerrard dan Frank Lampard yang menceburi bidang pengurusan.

Rooney menyerati kelab liga kedua ini sebagai pemain dan jurulatih, serta dalam masa untuk mendapatkan lencana sebagai jurulatih.

Sebelum ini, Lampard meninggalkan Derby untuk menguruskan tugas di Chelsea, manakala Gerrard telah memulakan musim keduanya sebagai bos Rangers.

"Sangat gembira melihat Lampard dan Gerrard terlibat dalam pengurusan tetapi ia juga sesuatu yang selalu saya ingin lakukan," tambah bekas pemain Manchester United dan Everton ini.

Bagaimana pun Rooney akan kembali DC United untuk menghabis musim ini sebelum kembali menyertai Derby pada Januari depan.-Dailymail.co.uk

Wayne Rooney, County Derby, DC United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain