suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lukaku enggan jalani latihan bersama United

Status Lukaku di United masih samar.

ROMELU Lukaku enggan menyertai latihan skuad Manchester United sehingga status masa depannya selesai.

Lukaku dibenarkan menjalani latihan bersama bekas kelabnya Anderlecht pada Isnin seperti yang dijadualkan, namun dijangka kembali ke Carrington pada Selasa.

United menolak untuk memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut, namun penyerang Belgium itu terdesak untuk meninggalkan Old Trafford.

Laporan Sky Sport juga mendakwa bahawa United telah menolak tawaran terbaharu dari Inter Milan bernilai 68 juta paun keseluruhannya.

Harapan untuk Lukaku berpindah ke Juventus dilihat berakhir apabila perancangan untuk menukar dengan Paulo Dybala tidak mencapai persetujuan.

Dybala meminta gaji 350,000 paun seminggu dari United dengan kontrak lima tahun, yang boleh menjadikannya pemain kedua paling tinggi menerima gaji selepas Alexis Sanchez.

Namun ternyata United tidak bersetuju dengan permintaan tersebut.

Malah perbincangan dengan Inter Milan terhadap Lukaku juga tertutup selepas pengurus Antonio Conte kecewa dengan kelab baharunya itu yang tidak sanggup menaikkan tawaran bayaran awal sebanyak 54 juta paun kepada pemain tersebut. - eurosport

Romelu Lukaku, Manchester United

Artikel Lain