Piala Malaysia: Hanya dengan 10 pemain, PDRM lakar kemenangan ke atas Felda United - Sukan | mStar

Piala Malaysia: Hanya dengan 10 pemain, PDRM lakar kemenangan ke atas Felda United

Pemain PDRM Ahmed Ezrie Shafizie Sazali (dua, kiri) cuba merebut bola dari pemain Felda United FC Mohammad Khairul Amri Mohamad Kamal (dua, kanan) pada perlawanan Piala Malaysia 2019 di Stadium Hang Jebat, Krubong, Rabu malam. Foto: Bernama

BAHANG Piala Malaysia semakin terasa dengan kejutan terbaru dilakar PDRM dalam aksi kedua Kumpulan D.

Status selaku pasukan Liga Perdana bukan penghalang buat anak buah E Elavarasan melakar kemenangan ke atas kelab Liga Super, Felda United 4-3 sekali gus memberikan amaran bahawa apa sahaja boleh berlaku dalam saingan merebut kejuaraan berprestij itu.

Dalam aksi Rabu malam di Stadium Hang Jebat, Melaka  itu, PDRM yang tewas 1-3 kepada Melaka pada aksi pertama, terpaksa bermain 10 pemain selepas Farid Ramli diarahkan keluar padang susulan layangan kad merah pada minit ke-53.

Bagaimanapun pasukan bimbingan Elavarasan tetap berjaya bangkit menerusi dua jaringan R Gopinathan pada minit ke- 78 dan 88 sebelum gol kemenangan disempurnakan Azmizi Azmi pada minit ke-90.

Mengulas lanjut, Elavaran memberitahu beliau sangat berbangga dengan semangat juang anak buahnya yang masih berupaya mencatatkan kemenangan biarpun beraksi dengan 10 pemain.

“Ketika (ketinggalan) 1-3 (dan) bila kami kekurangan satu pemain, saya melihat Felda United sedikit leka sedikit disebabkan tahap keyakinan mereka tinggi ketika mendahului kedudukan perlawanan.“Saya fikir keputusan 1-3 dan PDRM bermain 10 pemain mungkin membuatkan Felda United bermain lebih santai.

“Saya sangat berbangga kerana anak-anak buah saya menunjukkan satu semangat positif di mana saya fikir Felda United pun sama di mana mereka turut memikul misi kutip tiga atau satu mata.

“Bagi PDRM, kemenangan ini sangat penting untuk menghidupkan peluang bermain di pusingan kedua (suku akhir) dan itulah yang paling mustahak,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Elavarasan mengharapkan PDRM akan dapat terus mengekalkan momentum selepas berjaya meraih kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Jelasnya, PDRM tidak berminat untuk menyerah awal dalam misi memburu slot ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2019 selepas mempamerkan kebangkitan bergaya menewaskan Felda United.

“Kejayaan mengutip tiga mata adalah satu motivasi baik untuk pasukan kerana aksi pertama PDRM tewas di tangan Melaka dan sudah tentu kita perlukan mata lagi pada perlawanan akan datang,” katanya.

PDRM , Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan