suria

Luiz setuju ikat kontrak dua tahun bersama 'The Gunners'

Luiz bersetuju mengikat kontrak dengan Arsenal.

ARSENAL dijangka akan menutup pintu perpindahan pemain dengan mengikat David Luiz dengan nilai 8 juta paun (RM41 juta).

Menurut laporan BBC Sport pemain Chelsea berusia 32 tahun itu bersetuju menandatangani kontrak selama dua tahun di Stadium Emirates.

Luiz akan menggantikan posisi kapten Laurent Koscielny yang meninggalkan kelab untuk bersama Bordeaux awal minggu ini.

Sementara itu, menurut laporan Sky sports, Shkodran Mustafi kemungkinan akan mengikuti jejak langkah Koscielny ke Perancis.

Pemain Jerman itu dilaporkan akan menyertai kelan Ligue 1 yang tidak dedah sama ada secara pinjaman atau tetap.

Arsenal juga dijangka akan mengikat pemain pertahanan Celtic Kieran Tierney dengan harga 25 juta paun.-Onefootball

David Luiz, Arsenal, Chelsea

Artikel Lain