suria

Dikaitkan dengan Newcastle, Mourinho tidak berminat dengan kelab tiada mentaliti menang

Mourinho tidak berminat dengan kelab yang tiada mentaliti bergelar juara.

JOSE Mourinho tidak berminat untuk menawarkan diri bagi posisi di Newcastle.

Bekas pengendali Manchester United yang dipecat sejak Disember lalu kini masih lagi berehat daripada tugasnya.

Selepas Rafa Benitez enggan menyambung kontrak dan meninggalkan Newcaste dan nama Mourinho disebut untuk mengisi kekosongan itu.

Namun jurulatih Portugis itu mendakwa dia tidak akan menguruskan kelab yang tidak ada 'bermain untuk menang'.

"Satu perkara yang saya sedar adalah apa yang saya tidak mahu. Saya sangat menitik beratkan perasaan perlu bermain untuk menang.

"Dan jika saya tidak menang, itu masalah saya, pemain-pemain, kelab serta struktur. Tetapi saya mahukan projek di mana ada perasaan untuk menang.

"Jika seseorang memberi kontrak menarik selama 10 tahun dan objektif pasukan untuk berada di dalam kelompok pertengahan kedudukan dan jika tamatkan di tangga ketujuh, lapan atau sembilan, ia sangat sempurna...tetapi bukan untuk saya.

"Itu adalah 'nature' saya. Sasaran saya seterusnya adalah berjuang untuk menang," katanya.-Dailymail.co.uk

Jose Mourinho, Newcastle

Artikel Berikut

Artikel Lain