suria

Mbappe idam aksi Sukan Olimpik

Mbappe berminat untuk menyertasi skuad Olimpik Perancis.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) Noel Le Graet mengalu-alukan kehadiran Kylian Mbappe untuk beraksi dalam Sukan Olimpik.

Perancis telah mengesahkan tempat pada kejohanan Olimpik di Tokyo tahun depan selepas berjaya mara ke suku akhir Kejuaraan Eropah Bawah 21 Tahun.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu merupakan pemain muda yang hanya dalam tempoh singkat terpilih ke skuad senior dan tidak pernah beraksi dalam skuad B-21.

Sebaik sahaja Perancis mengesahkan slot ke Tokyo Mbappe memuat naik status di laman sosial dengan kapsyen: "TOKYO 2020".

"Walapun saingan Jepun menjadi sasaran Mbappe, dia sebenarnya sudah mencatat rekod cemerlang apa membantu Perancis menjulang trofi Piala Dunia di Rusia tahun lalu.

"Saya masih lagi perlu menang untuk Kejuaraan Eropah bersama Perancis tetapi berminat juga untuk bermain di Olimpik.

"Apa kata tahun depan pergi ke Olimpik)?. Saya sentiasa memberitahu impian sendiri. Tetapi ia bukan melibatkan saya sahaja.

"Sementara itu, Le Graet memberi bayangan bahawa impian Mbappe mungkin boleh dipertimbangkan.

"Sangat menarik apabila Kylian memberitahunya. Itu menunjukkan dia berminat dengan semua pasukan Perancis, terutamanya skuad Olimpik.

Sekali lagi, ia menarik.

"Saya akan berjumpa dan menanyakan perkara ini kepada jurulatih B-21, Sylvain Ripoll. Keputusan di tangannya." - Onefootball

Artikel Lain