suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Coutinho sedia angkat kaki, hanya tunggu tawaran kelab lain

Philippe Countinho.

PHILIPPE Coutinho dilaporkan sudah tawar hati dan mempertimbangkan untuk meninggalkan Barcelona pada musim panas ini.

Bekas pemain tengah Liverpool itu gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama di Nou Camp semasa musim pertamanya bersama Barcelona selepas berhijrah dari Anfield.

Walaupun Coutinho sering kali dikaitkan dengan spekulasi bakal berpisah dengan kelab Catalan itu, dia kini berusaha untuk merealisasikan perkara tersebut.

Namun Mundo Deportivo melaporkan bintang Brazil itu akan mempertimbangkan sebarang tawaran untuk menyelamatkan kariernya.

Laporan itu mendakwa Barcelona tidak mempertimbangkan untuk menjual Coutinho pada harga murah.

Malah pemain itu akan dilepaskan sekiranya mereka menerima tawaran bernilai 100 juta pound sterling.

Setakat ini Coutinho berjaya menarik minat Manchester United memandangkan pengendali dari Norway itu berhasrat melakukan rombakan besar-besaran dalam pasukannya.

Ander Herrera dan Antonio Valencia sudah disahkan akan meninggalkan Old Trafford. - Mirror.co.uk

Artikel Lain