suria

"Tiada siapa batalkan kontrak" - Hodak dakwa akan sertai pasukan lain selepas 31 Julai

Hodak bakal meninggal skuad B-19 kebangsaan selepas 31 Julai ini. Foto: FAM

PENGENDALI skuad Bawah 19 (B-19) kebangsaan Bojoan Hodak tidak terkejut dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menyambung kontraknya.

Kontrak semasa Hodak bakal berakhir pada 31 Julai ini.

Sebelum ini, FAM dilihat agak panas dengan kenyataan jurulatih kelahiran Croatia berusia 48 tahun ini yang mengkritik sistem bola sepak negara yang dikatakan tidak betul.

ARTIKEL BERKAITANKenyataan tak bertanggungjawab! Hodak bakal terima surat tunjuk sebab - FAM

ARTIKEL BERKAITAN: Jawab surat tunjuk sebab, Hodak diberi tempoh hingga Jumaat ini - FAM

Namun Hodak mengambil sikap tenang dan meneruskan tugas seperti biasa sehingga pada Rabu, pihak media melaporkan khidmatnya sebagai jurulatih skuad muda negara bakal berakhir.

"Saya tidak ada apa-apa reaksi terhadap keputusan itu.

"Tempoh dua tahun yang hebat dilalui bersama pasukan termasuk mencatat keputusan yang fantastic.

"Dan selepas 31 Julai ini saya akan bersama pasukan lain," ujarnya ringkat kepada mStar.

Bagaimanapun bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Pulau Pinang dan Kelantan itu enggan mendedahkan perancangannya selepas ini.

Malah dia juga menafikan sesetengah laporan yang mengatakan dia dipecat.

"Tiada siapa yang batalkan kontrak saya. Kontrak akan tamat hujung Julai dan mereka tidak sambung," katanya.

Insiden mulut 'laser' Hodak berlaku ketika skuad remaja negara yang beraksi pada Kejohanan Piala Sanix di Stadium Global Arena, Fukuoka, tewas dalam dua perlawanan berturut-turut bagi saingan Kumpulan A.

Sejurus selepas kekalahan itu, Hodak mendedahkan semuanya berpunca daripada sistem bola sepak negara yang tidak betul.

Bojan Hodak, FAM

Artikel Lain