suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jersi bola sepak pasukan terkenal ditukar jadi jubah hospital, beri semangat kepada pesakit cilik

Jersi yang memaparkan nama Lionel Messi turut diubah menjadi jubah hospital.

SATU idea yang cukup menarik apabila jersi bola sepak lama diubah menjadi jubah untuk pesakit cilik.

Begitulah yang dilakukan oleh sebuah syarikat kitar semula di Sepanyol.

Inisiatif itu digerakkan oleh majalah bola sepak Panenka denga kerjasama agensi kreatif We Are Xuxa.

Ia diberi jolokan Las Batas Mas Fuertas atau 'jubah hospital paling kuat.'

Kempen itu mula dilancarkan pada minggu ini.

Ia bertujuan untuk memberi semangat dan kekuatan kepada pesakit cilik.

Menerusi video promo, beberapa kanak-kanak dilihat mengenakan jubah hospital yang dikitar semula daripada jersi Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid. - The Sun.

Artikel Sebelum

Artikel Lain