suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarri bakal dipecat selepas aksi final Chelsea-Arsenal

Maurizio Sarri.

ROMAN Abramovich sedia memecat Maurizio Sarri selepas aksi Chelsea menentang Arsenal pada final Liga Europa.

Pada musim pertamanya di England, Sarri membimbing Chelsea menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun selepas tewas kepada Manchester Citu pada final Piala Carabao, pengendali dari Itali itu masih berpeluang menjulang trofi kejuaraan jika menundukkan Arsenal di Baku pada 29 Mei ini.

Sarri masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun dengan Chelsea pada muism panas ini.

Menurut Gazzetta dello Sport, Roman Abramovich sudah sedia melepaskan Sarri lebih awal.

Laporan itu mendakwa keputusan Abramovich bukan didorong prestasi hambar Chelsea tetapi berpunca daripada hubungan hambarnya dengan peminat pasukan tersebut.

Semasa beberapa perlawanan Chelsea musim ini, keputusan Sarri mengenai pertukaran pemain dikritik peminat.

Namun Sarri didakwa tidak disayangi Ambramovich dan perbuatannya mengkritik aksi persahabatan Chelsea menentang New England Revolution menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan lembaga pengarah pasukan itu. - Metro.co.uk

 

Artikel Berikut

Artikel Lain