suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola ketepikan Klopp raih Anugerah Pengurus EPL Terbaik musim ini

Guardiola Pengurus Terbaik EPL musim ini.

BOS Manchester City Pep Guardiola dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Guardiola mengetepikan pengendali Liverpool Jurgen Klopp, Mauricio Pochettino (Spurs) dan pengurus Wolves Nuno Espirito Santo untuk menerima anugerah yang menyaksikan dia menjulang trofi liga buat kali kedua berturut-turut.

City telah mencatat 198 mata dalam tempoh dua musim lalu di bawah sentuhan bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich berusia 48 tahun ini.

Klopp merupakan pencabar utama Guardiola musim ini.

Guardiola bakal menjadi pengurus pertama perlawanan domestik Inggeris meraih treble sekiranya dia berjaya menewaskan Watford pada aksi akhir Piala FA Sabtu ini.

Dalam pada itu, bos Lincoln City Danny Cowley dipilih sebagai Pengurus Terbaik Liga Dua selepas menamatkan saingan di kedudukan teratas dengan 85 mata.

Pengurus Luton Town, Mick Harford pula menerima anugerah Liga Satu dengan mengumpul 94 mata menguasai kedudukan.-Onefootball

Pep Guardiola, Man Citu, Jurgen Klopp

Artikel Lain