suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong-penyokong Man United mula 'berbunyi' minta pecat Solskjaer

Ole Gunnar Solskjaer

PENYOKONG -penyokong Manchester United mula 'berbunyi' menyalahkan Ole Gunnar Solskjaer selepas dimalukan Cardiff City.

United tewas 2-0 kepada Cardiff pada perlawanan akhir liga musim ini yang menyaksikan mereka menamatkan saingan di tangga ke-6 musim ini.

Pada awal ketibaan Solskjaer tiba di Old Trafford menggantikan Jose Mourinho, rata-rata penyokong amat mengharapkannya untuk memimpin skuad apabila meraih kemenangan berturut-turut.

Namun selepas itu, prestasi The Red Devils mula hambar dan hanya mengutip satu kemenangan daripada tujuh perlawanan terakhir liga.

Antara luahan penyokong-penyokong United di laman Twitter.

Situasi itu menjadikan penyokong-penyokong United mula mempersoalkan kewibawaan pengurus itu untuk terus membimbing skuad.

Salah seorang penyokong menerusi akaun Twitter @JoeSillett berkata: "Mana-mana kelab selain daripada Manchester United akan memecat Ole Gunnar Solskjaer malam ini. Ini memalukan. Pemilik perlu menjualnya. Ia adalah pengakhiran jalan."

Satu lagi penyokong @DeonPillay7 menulis: "Pecat Ole Sunnar Solskjaer secepat mungkin dan dapatkan pengurus yang mempuyai fikiran menyerang, itu adalah cara bola sepak menyerang." -Dailymail.co.uk

Artikel Lain