suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reaksi spontan Hazard buat peminat Chelsea goyang

Sepekulasi Hazard ke Real Madrid musim depan semakin jelas.

SPEKULASI Eden Hazard akan berpindah ke Real Madrid sebaik sahaja tamat musim ini makin kukuh selepas memberi reaksi spontan kepada peminat-peminat Chelsea.

Penyerang  Belgium itu dikaitkan akan berpindah ke Real Madrid dan kini sedang menghabiskan baki kontraknya di Stamford Bridge.

Hazard menjadi pembantu gol ketika aksi kemenagan 3-0 ke atas Watford pada Ahad menyaksikan skuad Maurizio Sarri itu menempah tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sekumpulan penyokong The Blues bertembung dengan Hazard dan  mereka menjerit 'Stay at Chelsea bro'.

Bagaimana pun pemain berusia 28 tahun itu hanya menggeleng kepala dan memberi senyuman sinis kepada penyokong-penyokong Chelsea.

Hazard yang juga bermain di posisi sayap telah lama berniat untuk meninggalkan kelab selepas Piala Dunia Rusia tahun lalu namun dipujuk Sarri.-metro.co.uk

Eden Hazard, Chelsea

Artikel Lain