suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anuar Abu Bakar meninggal dunia

LAGENDA bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam, di sini, kira-kira jam 9.30 malam Isnin.

Perkara itu disahkan menerusi akaun Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dimandikan pagi esok dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 9.30 pagi sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.

Anuar yang aktif sekitar tahun 90-an pernah membantu pasukan Red Giants menjadi Juara Piala Liga Premier dan Juara Piala Malaysia selain pernah menyarung jersi pasukan Johor, Pulau Pinang serta Kelantan.

Allahyarham juga pernah menyarung jersi kebangsaan antara tahun 1993 hingga 1997 dan beraksi di posisi tengah dan penyerang.-Bernama

Anuar Abu Bakar, Selangor

Artikel Lain