suria

Liverpool kembali terbayang rangkul trofi juara

Salah diusung keluar selepas bertempung dengan penjaga gol pada aksi bertemu Newcastle awal pagi Ahad.

LIVERPOOL kembali berada di puncak  kedudukan Liga Perdana selepas menewaskan Newcastle 3-2.

Selepas tewas kepada Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara Selasa lalu, pengendali The Reds Jurgen Klopp telah melakukan empat perubahan dalam skuadnya pada aksi awal pagi Ahad ini.

Tiga mata penuh pada perlawanan ini menyaksikan amat bernilai buat Liverpool yang menyaksikan mereka kembali menduduki carta teratas.

"Corak permainan Newcastle sangat sukar secara keseluruhannya.

"Ia agak sudah untuk mengawal dalam semua situasi dan mengekalkan mereka dalam permainan.

"Kami mempunyai banyak saat menakjubkan dalam bola sepak. Kami sepatutnya sudah menamatkan mereka dengan jaringan kedudukan.

Jurgen Klopp

"Namun apa yang pemain-pemain saya buat seperti tidak percaya," jelas Klopp.

Pada perlawanan itu itu, penyerang utama Liverpool, Mohamad Salah terpaksa diusung keluar padang kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala.

"Apa yang saya dengar, kepalanya terkena paha penjaga gol.

"Jadi selepas itu dia terjatuh dan doktor terpaksa membuat keputusan sama ada dia perlu keluar atau tidak.

"Dan keputusan keluar padang. Kami terima keputusan itu," tambah Klopp.

Tiga gol Liverpool dijaringkan oleh Van Dijk, Salah dan Origi.

Manakala dua gol tuan rumah dijaringkan Atsu dan Rondon. -eurosport

Liverpool, Jurgen Klopp

Artikel Lain