suria

Lukaku fikir masa depan kerana Solskjaer

Romelu Lukaku. Foto Reuters

PENYERANG Manchester United, Romelu Lukaku sedang mempertimbangkan masa depannya di Old Trafford apabila meragui peranannya di bawah Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain skuad kebangsaan Belgium yang bergelut untuk menyesuaikan diri di bawah pengurus baharu itu, dikaitkan dengan perpindahan ke Itali pada musim panas.

Sumber terdekat kepada pemaun itu memberitahu Manchester Evening News  bahawa dia tidak pasti mengenai kedudukannya di bawah Solskjaer.

Fokus Lukaku sepenuhnya di Manchester United adalah di bawah pimpinan Jose Mourinho, melakukan yang terbaik untuk menamatkan desas-desus mengenai kemungkinan dia keluar awal pada musim ini.

Walau bagaimanapun, pendirian pemain itu berubah sejak Solksjaer mengambil alih pasukan itu kerana masalah dengan beberapa keputusan pengurus terbabit.

Pemain itu percaya bahawa keadaan sekarang boleh membuatkan dia untuk berpindah dan dia kini lebih terbuka untuk berhijrah ke Itali berbanding sebelumnya. - Daily Mail UK



Artikel Lain